CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 9, 2009

nikah???

sorang sahabat ana kecoh2 gitau abang dia nak kahwin dah. Ana selamba jek jawab, Alhamdulillah..huhu semoga Allah meredhai pernikahan hamba-Nya itu. Ana gurau cakap dia jeles dengan abang dia tue, dia tak kawen lagi (tapi takpe pun, still study maa). Then dia balas kat ana, ana pun tak lagi……………………..

nikah? baru ana terfikir..
adakah ana sempat nikah sebelum ajal tiba?
kalau sempat pun, siapa nak nikah dengan ana ni?
kiranya ada pun, layakkah ana menjadi permaisuri hatinya dan rumahnya?
jika layak pun, sanggup kah ana nak tempuh gerbang pernikahan?
beranikah ana mengangkat tanggungjawab yang disandarkan ke bahu?
bukan sandar, tapi kena pikul……
maruah agama, suami, keluarga kedua pihak..diri sendiri..
itu tanggungjawab yang bergelar zaujah
dipanggil isteri
menimang anak..Subahanallah..
itu bukanlah beban, tapi kebahagiaan
dan ana masih bertanya lagi,
di usia seawal ini? (lewat dah pun..masuk dah awal puluhan)
mungkinkah?
ana masih mengaji lagi,
ana masih dha’if lagi
tanggungjawab sebagai hamba, anak, adik, kakak dan sahabat?
inikan pula ingin bergelar kekasih, isteri dan ummi..
masya-Allah………jodohku hanya ketentuan-Mu ya Allah
ana akur dan redha
kerana tujuan nikah itu ila mardhotillah!

0 comments:

Post a Comment