CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 12, 2011

..coretan dari sini_

cherita semalam cuma hikayat lama
hidup terombang-ambing bersenda dengan dosa
mencari sesuatu kehidupan pasti
hampir saja ku tinggalkan segalanya
ah! benarlah ku tersilap langkah

cuba ku benarkan apa yang ku inginkan
dan cuba ku betulkan segala fikiranku penuh nista
jangan percaya kata manis janji berjuta
sedangkan kau (aku) cuma mampu tersengih mencuba
kenapa perlu kau (aku) bangga?
hidup dalam kubur tiada bernyawa
roh tersiksa oh pedihnya!

tidak ku ingin kembali bersama lagi
mengawang tinggi di hujung tiang bahagia
sedang pangkalku masih mencuram
tidak rata..
bantulah hati ingin mencari
iman kusut, jiwaku serabut!

luruskanlah!
tegak terpacak di singgahsana
ku ingin bersama semula
cuma bukan di ruang masa yang sama
ku ingin tertawa semula
namun biar cheritanya berbeda
kerna ku pasti tiada yang terindah
bandingan akhirat dan syurga
oh..serabut hamba mencoret semula
semoga tiada kusam mendatang di sana
ku rasakan segalanya di sini
untuk ku bahagia di sana..

biar hasrat hati terkubur
miliki dunia itu bukan kehidupan
sedang jiwa serabut fikirkan dacing berdua
di mana beratnya?
sudahkah sempurna?
cukupkah segalanya?
fikirkan lagi dan sekali lagi
jangan kau cemburu dunia,
akhirat tersenyum untuk kau tangisi gembira
betapa sukar untuk melepas segala
cuma hati menahan nafsu terbuku semula
di sini..

-coretan tiada faham-

3 comments:

fuad ansari

coretan buat yang ingin faham akan erti kehidupan..

syukran atas peringatan..

hamdi

saya pun masih x faham erti kehidupan nie...

asy_syakirin

semoga Allah beri faham akan kehidupan untuk semua..inshaAllah..~

Post a Comment