CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 19, 2011

..pemberontak_

pelitnya manusia
ku lihat dengan kata-kata
perlakuan dosa
aku? oh! besarnya dosa!
silapnya bicara, tanpa kepastian
BOHONG!
sedih itu bukan cerita
ia cuma satu kisah
cintaku padamu Islam dicuriga
kenapa?
sedang hati bermuram
mereka mempersenda semata!
oh siapalah aku apalah daya
hati terbakar, bergoncang
aku sedar
sampah lebih bermakna
rumput bernyawa berzikir pada Tuhan
sedang aku
mencari cahaya terkapai di dasar dunia
oh! dunia penjara mukmin!
ku sedar itu
tolong aku
keluarkan aku tanpa sesuatu
hanya ku tadahkan tangan
kurapatkan jari pemberian
terima kasih Tuhan
ku berjanji, ku bertaubat
kuatkan hatiku
hanya aku
ampunkan dosaku berikan cahaya
mati lebih indah
daripada terpenjara..

-hina kau-

2 comments:

abu zarim

berfikir sejenak,mendalami maksud2 tersirat,,,hurm,,,moga di beri kefahaman oleh Allah,n diberi manfaat dr post ini,,,insyaAllah

asy_syakirin

amin inshaAllah..semoga ada manfaat~

Post a Comment