CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 6, 2009

sEsUaTu dARikU...

parahnya hatiku
saat ini aku mengharapkan ketenangan
ingin melepaskan diri dari pelukan dunia
cengkaman kemanjaan
kecintaan
dan keterlupaan...
di saat ini aku berduka
duka seribu perasaan menjelajah serebrum
merebak ke medula oblongata
infeksi pada korda spina
kemudian menjangkiti hepar ini
sesuatu telah meragut senyumku
senyum yang dulunya lebih dari ikhlas
sebuah kebahagiaan yang dicarik-carik
merampas milik sementara
dari genggaman ini
aku?
tulang rusukku mencucuk masuk ke rongga kecil tubuh ini
mencerut kardiak yang tiada kerasnya
aku mulai hipoksia???
gasterku meraung pedih...
ya Allah...
semua ini tarbiyah
dan aku mula berfikir lagi..
lagi dan lagi...
kini aku tahu,
aku yang salah...silapnya hanya padaku
kerana aku ini insan biasa
lemahnya aku di hujung kata "astaghfiruLlah..."
bila satu kebahagiaan yang ku capai
seribu keterlekaan yang aku lakukan
astaghfiruLlah...lemahnya manusia sepertiku
jahilnya aku ini...
aku sayang kamu
dan aku juga cinta kamu
jangan biar hati ini dijangkiti patogen
yang nodus limfa pun tak mampu melawannya...
klinik perubatan terhebat sekalipun katakan 'give up-lah'
sungguh aku cuba
dan sungguh aku ingin cuba
untuk jadi yang terbaik buat semua
kerana sudah terlambat aku
untuk jadi yang terbaik untuk dia...
dia yang aku cinta dan rindui ke syurgaNya...

0 comments:

Post a Comment