CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 29, 2009

KaU

kata-kata kau buat aku sedih
tersentuh di hati
menusuk ke jiwa ini
hingga terkadang bait-baitmu itu buat aku menangis
mengenangkan diri yang masih dalam kejahilan
sedangkan kau sudah di depan
aku masih terkapai dengan seribu kebingungan
tapi kerana kata-kata itu juga aku sedar
aku masih lemah lagi
kini, aku di sini
membawa diri ke kawasan yang asing bagiku
satu tempat yang aku tak pernah mimpi nak tinggal pun di sini
tapi di sinilah aku sekarang
di sinilah aku bakal menghabiskan masa tiga tahunku
masa kritikalku menghabiskan zaman-zaman bermain
zaman remajaku yang bersisa berbaki ini
aku mesti jadi sematang mungkin
aku punya dua amanat terbesar dalam hidupku
untung saja aku bukan isteri orang lagi! (but I want to, insya ALLAH will)
amanat dari agamaku
serta amanat dari keluargaku
aku datang untuk agamaku
orang sering pertikai akan ia
so,
mana letaknya hak aku untuk merasa sebahagian kecil nikmat ALLAH?
kecil pun takpalah
cuma sejemput pun aku dah syukur
tapi terimalah cara aku
hidup aku dalam agamaku
wahai kau
andai saja kita punya jodoh untuk ketemu semula
kau mungkin tidak perasan kehadiranku
tapi aku nak kau tahu
kau itu sesuatu yang buat aku semakin rendah
merasa diri semakin hina di pandangan ALLAH
kerana aku ini jahil yang dibutakan dunia
dan kerana kekasaran kau pada aku
aku mulai tahu apa yang aku mahu
terima kasih pada kau
agak kasar juga bahasa ini
tapi kau tetap kau
dalam hatiku
kau adalah kau
takkan jadi kamu
mahupun awak…
just….kau…
seorang hamba yang sedar akan kekerdilan
dan telah menyedarkan aku secara tak langsungnya
terima kasih wahai ‘kau’…
terima kasih banyak-banyak

1 comments:

Anak Pendang Sekeluarga

Salam,jemput muzakarah di blog saya dan jangan lupa add blog saya

Post a Comment