Salam sayang, salam cinta, dan salam ukhuwwah buat semua yang mengenali diri ini..
Sesungguhnya ini satu luahan perasaan
Yang entah ke berapa
Dan entah sampai bila..
Luahan bermaksud rintihan lagi
Dan merintih untuk hilangkan sebak di dada..
Tapi semua ini ku lakukan kerana aku terkapai-kapai
Mencari semua kesilapan hidupku
Banyak benda belum buat
Banyak benda nak fikir..
Dan terlalu banyak yang dirunsingkan
Hati semakin sempit dengan masalah mencurah-curah ke ladang yang tak berapa lapang ini..
Aku menangis meminta ampun, belas dan kasihan
Semoga diringankan
Semoga dimpermudahkan
Sesungguhnya takkan dibiar hamba-Nya bersendirian
Dan aku..
Aku amat perlukan perhatian dari-Nya
Untuk aku senang
Untuk aku senyum dengan ikhlas tanpa kekosongan yang menghancurkan segenap pelusuk hati
Aku taknak mati tanpa cinta-Nya
Malah hidupku tandus tanpa mujahadah
Semoga aku dilihat-Nya
Semoga ku tak dibiar dalam kekufuran
Kerana aku benci untuk dihumban ke dalam ‘area’ itu lagi
Arena yang aku elakkan sekarang
Yang menjauhkan
Yang merunsingkan
Hati ini pedih ya Allah
Parah dengan kata-kata
Kusam dengan ketawa
Dan dengki pada mereka yang dijanjikan syurga
Aku juga berkeinginan ke syurga
Dengarlah ya Allah, hanya pada-Mu dihadapan-Mu dan dengan kekuasaan-Mu aku bersujud
Menghalakan kepala terlunjur dalam kegersangan
Minta dihujani kasih dan sayang rahmat dan cinta..
Kerana aku sering sendiri
Bersendirian dengan kesepian
Aku rindu pada-Mu
Sentiasa!
0 comments:
Post a Comment