seakan kabur dari pandangan mata
tidak ku sedari perubahan wacananya
ataukah aku yang sudah tenggelam tiada?
meski ku cari kau kembali, hilang..
kelam..
oh hati
berapa corak yang ku ukirkan padamu?
apakah lakaran hitam melingkari segenap permukaanmu?
ah! hati kian sakit panahan dosa
namun tidak jugak ku sedari
hatta ketebalannya sukar untuk ku hakis kembali!
hei manusia..
janganlah berputus asa
kerana rahmat Allah tiada sempadan
pengampunanNya sentiasa ada untuk hambaNya
cuma saja hamba itu yang lupa leka takabbur dan sombong!
sedang Allah sentiasa melihat tingkah lincah perbuatan dosa
Allah..ampunilah hambaMu yang hina ini T_T
oh hati..
maafkan aku
aku bukanlah tuan yang baik untukmu
namun kau tetap setia disisiku
akan ku jaga kau dengan sebaiknya
janjiku untuk kesekian kalinya
oh hati..
Tuhan kita sungguh besar pengampunanNya
semoga kita diampuniNya
semoga Dia meneguhkan kita
kekal bernafas dalam agamaNya
dan di hujung nafas adalah kalimahNya
semoga, semoga, semoga..
kabulkanlah ya Allah
hambaMu ini sehina-hina manusia
singkaplah hati melihat kesalahan diri
lihatlah dunia atas kebesaran Allah
cinta untuk dunia ketepikanlah, hapuskanlah..
akhirat menanti mencintaimu tiada penghujungnya!
inshaAllah..
3 comments:
sungguh sukar menjaga hati sebenarnya........
cikgu norsha:
benar...huhu~
Salam,apa khabar saudara/saudari,artikel yg menarik,saya jemput saudara supaya memberikan koementar/pandangan terhadap artikel yg di tulis oleh saya...harap memberikan komentar/pandangan yang tidak beremosi…hahahah
Post a Comment