CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 27, 2010

..fr0mtheinside_

bila hati gundah
aku menyingkap lembaran lama
selakan demi selakan
helaian demi helaian
hingga aku bertemu akan sesuatu
aku seakan terkesima
inikah dosa-dosaku?
astaghfirullah..

aku terduduk termenung bersendirian
memikirkan nasibku di sana kelak
memikirkan kehidupanku di sini kini
memikirkan amalku yang entah ke mana
adakah aku diterima?
dan adakah aku seperti mereka?
yang dicintaiNya?
subhanallah..

aku bukanlah di kalangan mereka yang bersorak kegembiraan
dan aku bukan juga yang menangis kedukaan
aku terima segalanya
kerana aku tahu aku biasa-biasa saja
bukanlah genius
bukanlah bijak bestari

baya,
dahulu kamu rendah,Allah telah meninggikan kamu
dahulu kamu hina,Allah memuliakan kamu
dahulu kamu sesat,Allah memberi hidayat padamu
dan apakah patut untuk kau mempersoalkan ujian yang datang padamu?
sedangkan nikmatnya melebihi apa yang kau usahakan?
astaghfirullah..

istighfarlah
kerana sesungguhnya
dunia ini sementara,
akhirat itu selamanya..
kuatkan hatimu
tingkatkan amalmu
dan bertawakkallah kepadaNya..

0 comments:

Post a Comment