CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 17, 2010

jangan salah faham...

penjagaan pre dan pos surgeri (pergh....in bahasa)

pre-medication;

-A/biotic ; Cefotaxime
-Analgesic ; Morphines
-A/anxiety ; Valium
-A/vagal effects ; Hyoscine
-A/emetics ; Maxolone

bla...bla...bla...
jam dah kul 9 pagi, perut memulas..Encik Razak plak satu,susah nak gi toilet...rugi dowh! then this what happened~


Terima Kasih

aku masih tak paham
kenapa aku kadang2 bengong dan bingung..
sedangkan sudah nyata dan terang
bersuluh, berlampu dan bercahaya
jalan yang lurus itu melambangkan........
kebahagiaan

bahagia?
ohh....daku yang begitu ingin bahagia...
ini bukan puisi gersang
ini bukan tanda gatai nak nikah (pergh...)
FITRAH
walaupun aku nampak kasar dan rock semacam (ye ke?)
tapi,
aku tetap wanita (gadis) yang idamkan sebuah rumah tangga
--------------> oOpzz...aku ke nih?

okay,
thats okay
i have to admit once
that i admired to be in a family
di mana akulah isteri, ibu dan kekasih
di situ nampak sangat bahagia!

....................

tapi bukan sekadar nikah yang ku inginkan wahai pemimpinku
aku benar inginkan kebahagiaan
tapi kebahagiaan yang bukan orang lain nakkan
kebahagiaan bila kita punya satu agama, satu fikir dan satu iman...

wahai mujahid ALLAH, kekasihku...
aku tahu aku tidak setaraf mujahidah2 pencinta ALLAH
aku tidak setegar Rabiatul Adawiyah
kerana aku masih ingin dirimu di sampingku
aku tidak sekaya Khadijah
untuk aku sumbangkan harta (kerana aku tidak punya)
aku tidak semantap Siti Hajar, tapi aku cuba mencontohinya...
aku cuma ada satu kekuatan
apabila kau juga kuat seperti para sahabat
fuhhhh....
sapa taknak suami jenis tuh???

then, this life's adorable...

aku benar ingin menjadi kuat,
kuat dalam kehidupan kita
melawan nafsu
godaan2, tarikan2, dan cubaan2...
dan engkau menjadi catalystku
memberiku semangat
bila aku terjatuh,
kau sambut dalam dakapan hangat
dan membelaiku dengan janji2 ALLAH
pada hambaNya yang punya satu YAKIN....

Ya ALLAH....berkatilah kami
dalam mencapai cinta padaMu
kami cuma ingin berkongsi satu perasaan sama
yang Kau ciptaan di antara kami
di dasar hati kami
tertanam dengan berjuta akar tunjang

dan kita cuba...
cuba sebaiknya dalam mencari redho ALLAH
mencari nikmat syurgaNya
kita bukan menolak dunia, tapi 'dunia' menolak kita
kita cuma mengikut rentak deen kita
kita bukan kolot dan hina
walaupun hidup dalam keadaan menahan nafsu
kosong tanpa harta,
tapi tak mengapa sayang...
yang penting kita punya IMAN
yang bisa kita jadikan harta termahal!

Ya Zaujku..
hidupku dan hidupmu bukan sekadar hidup
tapi hidup kita untuk banyak fikir
hinggakan mengalir tetesan air mata kerana berfikir
fikir tentang apa?
bagaimana kita nak menyeru dan menyampaikan
fikir keadaan ummat tanpa kehadiran Nabi SAW di samping kita
maka kitalah yang patut sambung
kerana ALLAH bagi kita untuk fikir..

aku rela melepaskan dirimu
walaupun aku bakal merindui
mencari kasihmu
tak mengapa...yang penting ALLAH melindungi melalui doa kita bersama
dan kita cuma saling berharap padaNya
dengan keyakinan menggunung
mengalahkan kebergantungan pada kehidupan semata

aku gembira padamu yang suka ghast
sanggup korban segalanya demi agama
kerjamu di luar sana sayang,
aku cuma duduk di rumah
menanti pulangnya perwiraku
bersama anak2 kita
yang kau wariskan padaku
untuk aku bentuk sebaik-baiknya
menjadi sebaik2 umat

akan ku bagi mereka paham agama
akan ku jawab soalan2 comel dari mereka
menggantikan dirimu

"kenapa abah khuruj?kenapa abah orang lain tak khuruj pun?"

"sayang.....ALLAH sayang kita lebih...sebab tuh abah kena khuruj....kalau tak, tak masuk syurga.."

inilah yang ku damba
mendidik cahaya mata dari bibit2 kita
untuk aku jadikan mujahid seperti abah mereka

kasihku,
contohilah Rasulullah saw
segala harta baginda tak punya
segala keseronokan tiada harga
segala nafsu ditepis membatasi dunia

aku tak perlu untuk kau carikan aku nikmat dunia
aku tak ingin banglo 6 tingkat,
kereta mewah,
set TV LCD,
henpon canggih,
baju cecantik...
apa ertinya jika ALLAH murka pada kita?
kiranya ALLAH tak pandang kita? (nau'zubillah..)
aku hanya ingin baktimu pada agamamu
mengikut jejak Nabi kita
para sahabat2...
ulama2 tersohor
semua itu kau sudah kisahkan padaku
maka ku ingin kau seperti mereka
menjadi kalangan insan yang mendamba kasih Tuhannya...

aku lebih rela menjadi harta penuhmu berbanding harta2 itu
menjadi penanti setia
menjaga amanahmu
diriku dan agama kita...
umi kepada anak2 kita
menjadi qudwah hasanah kepada mereka
yang kau ajarkan padaku
daripada akhlak2 Nabi kita
mendodoi, membelai
ciuman kasih ku hinggapkan ke dahi mereka
tanda cinta dan kasihku pada anugerah ALLAH yang tak ternilaikan harganya
hanya pada kamu aku sanggup!
aku rela jadi wanita tertutup
gelap gelita tanpa kelihatan warna kulitku
hanya menjadi display padamu
menjadi milikmu...
kenapa?
kerana cintamu pada agama ini dan kerja ini
kerana ALLAH memberiku satu keistimewaan
dan memberimu satu keistimewaan

aku mahu kau tahu
betapa aku mendambakan seorang suami
yang sanggup mengorbankan segalanya buat Tuhannya
kerana aku yakin
kita bakal ketemu di akhirat sana
dalam keadaan kau memimpin tanganku
menggenggam erat, berjalan bergandingan
membawaku ke singgahsana sebenar
yang kita lelahkan di dunia
dengan sekerat kudrat kita semampu manusia bergelar hamba
yang hanya mendahagakan simpati dariNya
dan kita berdua tersenyum
dalam asmara yang indah dikurniakan dariNya
itulah destinasi sebenar kita

fikirkan...
jika benar kau cinta Tuhan dan agamamu
maka lepaskan pelukanmu
pergilah menyeru umat
seperti Nabi meniggalkan Siti Aisyah tercinta
aku tahu kau jua mencintaiku
dan begitu juga diriku
malah lebih dari itu!
tapi kerana ALLAH kita terpisah di dunia
semoga bertemu di akhirat

'maka beruntung menjadi isteri karkun...'

terima kasih ku ucapkan padaMu ya Karim
kerana memberiku peluang untuk menjadi hamba2 terpilih...

Ya ALLAH...
kurniakan kekuatan pada suamiku
untuk dia keluar di jalanMu
memujuk umat kembali padaMu
meninggalkan diriku dan anak2 kami
dengan harapannya yang tinggi padaMu
bahawa Kau akan melindungi kami...

Ya ALLAH...
ku pinta padaMu
butakan kami kepada dunia
celikkan kami untuk akhirat
berikan kami ilham untuk fikir dunia hanya untuk akhirat
fikir agama dan sampaikan agama
kurniakan kami cinta padaMu
kurniakanlah kami rasa kehambaan yang tertinggi padaMu ya Rabbul 'Izzati

Ya Muhaimin...
jagalah hati kami dari kecaman2 nafsu dan syaitan
hidupkan hati kami pada nur agamaMu
jagalah hati suamiku, anak2 kami dalam perjuangan menujuMu
dalam kecintaan padaMu
sesungguhnya Engkau kuasa, makhluk tak kuasa...

0 comments:

Post a Comment