CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 12, 2010

..keinginan tertutup_

inginku menyatakan keinginan
dalam sebuah coretan halus
lahirnya dari teluk sanubari yang dingin
mencari tafsiran keinginan itu sendiri
jauh..
nun di hujung sebuah kalbu
terukir keinginan itu
yang rumit untuk dimengertikan
sulit sekali diperbahaskan
dan tidak mungkin bakal difahami
melainkan Dia yang Maha Mengetahui
dan kerana Dia,
hamba musafir
kerana Dia,
hamba mencari keinginan itu
Allah..mudahkan jalanku
mencari keinginan dalam kebenaran
celiknya mata hati,
dalam pekatnya malam
bersendirian berlinangan bercucuran
mencari keinginan sebenar
namun..
benarkah keinginanmu bukan sekadar keinginan?
sedangkan kenikmatan itu sudah terlebih cukup
karuniaNya tidak terdaya untuk kau kira
astaghfirullah..
sedarlah wahai jiwa-jiwa lemah
keingninan itu terkadang cuma nafsu yang bermain2
apakah keinginanmu?

***

cinta kasih dan sayang padaNya
kerana adanya hati dan keinginan
dalam sebuah kehidupan
dalam sebuah perjuangan
dalam sebuah pengorbanan
bukan ingin mengatakan yang bukan menjadi haQ
namun ingin kusuarakan keinginan berat
memberati kalbu
hingga melimpah benar
bukan sebagai beban
namun ku penasaran
menanti makbul sebuah keinginan
untuk ku menjadi wanita tertutup
seperti yang ku saksikan
dan ku ingin sekali seperti para sahabiah
cinta dan kasihnya benar
jihad dan pengorbanannya benar
perkataannya benar
hidupnya benar
dan dibenarkan..
dan kerana Dia,
hamba benar ingin..