CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 30, 2009

Salam sayang, salam cinta, dan salam ukhuwwah buat semua yang mengenali diri ini..

Sesungguhnya ini satu luahan perasaan

Yang entah ke berapa

Dan entah sampai bila..

Luahan bermaksud rintihan lagi

Dan merintih untuk hilangkan sebak di dada..

Tapi semua ini ku lakukan kerana aku terkapai-kapai

Mencari semua kesilapan hidupku

Banyak benda belum buat

Banyak benda nak fikir..

Dan terlalu banyak yang dirunsingkan

Hati semakin sempit dengan masalah mencurah-curah ke ladang yang tak berapa lapang ini..

Aku menangis meminta ampun, belas dan kasihan

Semoga diringankan

Semoga dimpermudahkan

Sesungguhnya takkan dibiar hamba-Nya bersendirian

Dan aku..

Aku amat perlukan perhatian dari-Nya

Untuk aku senang

Untuk aku senyum dengan ikhlas tanpa kekosongan yang menghancurkan segenap pelusuk hati

Aku taknak mati tanpa cinta-Nya

Malah hidupku tandus tanpa mujahadah

Semoga aku dilihat-Nya

Semoga ku tak dibiar dalam kekufuran

Kerana aku benci untuk dihumban ke dalam ‘area’ itu lagi

Arena yang aku elakkan sekarang

Yang menjauhkan

Yang merunsingkan

Hati ini pedih ya Allah

Parah dengan kata-kata

Kusam dengan ketawa

Dan dengki pada mereka yang dijanjikan syurga

Aku juga berkeinginan ke syurga

Dengarlah ya Allah, hanya pada-Mu dihadapan-Mu dan dengan kekuasaan-Mu aku bersujud

Menghalakan kepala terlunjur dalam kegersangan

Minta dihujani kasih dan sayang rahmat dan cinta..

Kerana aku sering sendiri

Bersendirian dengan kesepian

Aku rindu pada-Mu

Sentiasa!

Thursday, July 9, 2009

nikah???

sorang sahabat ana kecoh2 gitau abang dia nak kahwin dah. Ana selamba jek jawab, Alhamdulillah..huhu semoga Allah meredhai pernikahan hamba-Nya itu. Ana gurau cakap dia jeles dengan abang dia tue, dia tak kawen lagi (tapi takpe pun, still study maa). Then dia balas kat ana, ana pun tak lagi……………………..

nikah? baru ana terfikir..
adakah ana sempat nikah sebelum ajal tiba?
kalau sempat pun, siapa nak nikah dengan ana ni?
kiranya ada pun, layakkah ana menjadi permaisuri hatinya dan rumahnya?
jika layak pun, sanggup kah ana nak tempuh gerbang pernikahan?
beranikah ana mengangkat tanggungjawab yang disandarkan ke bahu?
bukan sandar, tapi kena pikul……
maruah agama, suami, keluarga kedua pihak..diri sendiri..
itu tanggungjawab yang bergelar zaujah
dipanggil isteri
menimang anak..Subahanallah..
itu bukanlah beban, tapi kebahagiaan
dan ana masih bertanya lagi,
di usia seawal ini? (lewat dah pun..masuk dah awal puluhan)
mungkinkah?
ana masih mengaji lagi,
ana masih dha’if lagi
tanggungjawab sebagai hamba, anak, adik, kakak dan sahabat?
inikan pula ingin bergelar kekasih, isteri dan ummi..
masya-Allah………jodohku hanya ketentuan-Mu ya Allah
ana akur dan redha
kerana tujuan nikah itu ila mardhotillah!

Tuesday, July 7, 2009

kadang-kadang



kadang-kadang..
kita suka bercakap hal orang
tapi kita lupa hal kita juga dijaja ke sana sini

kadang-kadang..
kita nampak keburukan orang
tapi nampak tak 'virus' kat hotak sendiri?

kadang-kadang..
kita rasa lebih baik dari orang lain
tapi sebenarnya kita lebih teruk...

dan kita sentiasa lupa..
lupa yang kita tak berpijak di bumi yang nyata
kita riya', overact..
kenapa agaknya?
tanyalah iman
yang pernah kita punya..
kenapa plak pernah???
kerana orang yang beriman tidak lupa agama
dan agama mengajar amar ma'aruf
wal nahi munkar...

kadang-kadang..
aku menangis melihat dunia
yang menjauhkan aku daripada Tuhan
dan seringkalinya
selalunya...
aku menangis kerana aku
mengimbas dosa-dosa lalu yang aku gagahi
yang pernah aku bina dengan kejahilan
semoga aku tidak ditinggalkan dalam ketandusan iman
semoga Allah sudi memandang aku dalam keadaan aku sebegini
semoga Rasul-Nya ingin mensyafaatkan aku...

dan semoga aku mati dalam keadaan aku amat CINTA pada-Nya...